BERITA TERKINI   Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | Pelabuhan Klang catat peningkatan jumlah pengendalian kontena sebanyak 3.4 peratus kepada 15.14 juta TEUs pada 2025, berbanding 14.64 juta TEUs pada 2024 | Permohonan fasa satu Dana Inovasi Media dibuka bermula 1 hingga 14 Jan ini - Kementerian Komunikasi | PM saran PBT elak guna orang tengah untuk pendaftaran permit perniagaan bazaar Ramadan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi negatif di pasaran tunai. 

Kontrak bulan semerta Februari 2025 turun 5.5 mata kepada 1,578.0. Jun 2025 dan September 2025 susut 5.5 mata masing-masing kepada 1,561.5 dan 1,551.0 manakala Mac 2025 jatuh 6.0 mata kepada 1,557.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,055 lot daripada 6,004 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 43,434 kontrak daripada 40,544.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.21 mata atau 0.20 peratus kepada 1,577.67 daripada paras penutup 1,580.88 pada Rabu.   

-- BERNAMA