BERITA TERKINI   Pengendalian dron tanpa kelulusan boleh datangkan risiko keselamatan, tindakan di bawah Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016 - CAAM | Aktiviti dron, pesawat tanpa pemandu dilarang di kawasan terlibat dengan raptai dan sambutan Hari Kebangsaan - CAAM | Hari Kebangsaan: Ruang udara kawasan kawalan Terminal Kuala Lumpur ditutup pada 26-29 Ogos dan 31 OgosĀ - CAAM | Kesan pelaksanaan penyasaran subsidi elektrik dan diesel membolehkan kerajaan mempunyai ruang fiskal lebih luas biayai program kebajikan rakyat - Amir Hamzah | Kerajaan dalam fasa akhir memperhalusi kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dengan semua pihak berkepentingan - Amir Hamzah | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau susulan kebimbangan terhadap keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

  Peniaga itu berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kerugian dalam harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US.

Ketika berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent merosot sebanyak 0.23 peratus kepada US$76.24 setong.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli dan langkah rangsangan China untuk meningkatkan prestasi ekonomi mereka,” katanya kepada Bernama.

The People's Bank of China akan melancarkan lagi saluran untuk pembiayaan saham, bon dan pinjaman untuk perusahaan swasta.

Selain itu, ia juga akan berusaha untuk meningkatkan penggunaan bagi meningkatkan taraf hidup orang ramai dan menerima pakai lebih banyak langkah disasarkan untuk merangsang perbelanjaan pengguna.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM 20) turun sebanyak tiga sen kepada 921.0 sen sekilogram manakala lateks pukal naik kepada 2.5 sen kepada 696.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA