BERITA TERKINI   CBH Engineering raih kontrak mereka dan membina sistem bekalan elektrik untuk pencawang pengguna cadangan pusat data di Selangor, bernilai RM171.99 juta | Sistem Alamat Nasional mampu jana limpahan ekonomi RM2 billion, wujud lebih 2,000 pekerjaan dalam lima tahun - Fahmi Fadzil | Bangkai helikopter milik PDRM yang yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah Khamis lepas, berjaya dinaikkan sekitar jam 11 pagi ini. | iCents mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 29 sen, premium lima sen daripada harga IPO 24 sen, dengan 13.59 juta saham bertukar tangan | 

SME Corp Belanja Melebihi Peruntukan Diterima - Laporan Audit

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- SME Corp Malaysia (SME Corp) membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 menyatakan perbadanan perusahaan kecil dan sederhana itu merekodkan baki debit tersebut untuk geran tertunda bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus pada akhir tahun kewangan 2023.

“Geran tertunda yang dilunaskan ini berjumlah RM73.81 juta, melebihi jumlah asal yang diberikan iaitu RM65.85 juta pada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” menurut laporan berkenaan.

Bagaimanapun, kata laporan tersebut, SME Corp tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk berbelanja melebihi peruntukan.

Laporan audit itu turut mengingatkan SME Corp supaya mengambil perhatian terhadap usaha menambah baik kaedah pengurusan geran dengan mengakaunkan geran mengikut program yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan geran dibelanjakan mengikut maksudnya.

“Pada masa yang sama, SME Corp perlu memastikan baki geran pembangunan tanpa komitmen bagi RMK-10 dan RMK-11 dipulangkan kepada Kementerian Kewangan sekiranya tidak mendapat kelulusan Notis Perubahan.

-- BERNAMA