Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada Khamis.
Pada 9.24 pagi, kontrak April 2026 naik 8.0 mata kepada 1,687.50, Mei 2026 menambah 7.0 mata kepada 1,687.00, Jun 2026 naik 9.5 mata kepada 1,689.50 dan September 2026 melonjak 9.0 mata kepada 1,668.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,456 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,711 kontrak.
Selepas 42 minit dagangan, FBM KLCI naik 2.52 mata kepada 1,685.94 daripada 1,683.42 ketika ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA