BERITA TERKINI   Operasi pembenihan awan akan diperluas ke Johor yang turut alami cuaca panas, kebakaran tanah gambut - Ahmad Zahid  | Operasi hari kedua pembenihan awan tumpu Empangan Pedu dan Timah Tasoh susulan alami kepanasan luar biasa - Ahmad Zahid | Tanah depot LRT di Pulau Silikon hampir siap ditambak, bakal diserahkan kepada MRT Corp Mei ini - Ketua Menteri Pulau Pinang | Pengeluaran LNG besar-besaran di Kanada, Australia menyokong bekalan untuk Malaysia - PM Anwar | Malaysia giat meneroka peluang dalam sektor LNG dengan Türkiye - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Sewaktu Ketidakpastian Dagangan Global

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu dipengaruhi aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ketidakpastian perdagangan global, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun merosot untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, dipengaruhi oleh yen yang lebih kukuh bersama-sama dengan ketegangan perdagangan antara Timur dan Barat walaupun terdapat kebimbangan bekalan yang terhad.

"Sentimen pasaran juga terjejas berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah manakala keyakinan terhadap langkah rangsangan China selanjutnya serta jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat membantu menyokong pasaran," katanya kepada Bernama.

Namun begitu, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli dalam jangka masa terdekat berikutan jangkaan musim hujan di kawasan pengeluar getah, ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah.

Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM 20) susut 20 sen kepada 910.5 sen setiap kilogram manakala lateks pukal meningkat setengah sen kepada 704 sen setiap kilogram.

-- BERNAMA