BERITA TERKINI   Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | Pelabuhan Klang catat peningkatan jumlah pengendalian kontena sebanyak 3.4 peratus kepada 15.14 juta TEUs pada 2025, berbanding 14.64 juta TEUs pada 2024 | Permohonan fasa satu Dana Inovasi Media dibuka bermula 1 hingga 14 Jan ini - Kementerian Komunikasi | PM saran PBT elak guna orang tengah untuk pendaftaran permit perniagaan bazaar Ramadan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran tunai. 

Kontrak bulan semerta Februari 2025 dan September 2025 meningkat 19 mata setiap satu masing-masing kepada 1,589.5 dan 1,558.5. 

Kontrak Mac 2025 naik 20 mata kepada 1,568.0 dan Jun 2025 menokok 19.5 mata kepada 1,571.0. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 77,748 lot daripada 46,238 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 122,278 kontrak daripada 88,029 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 20.68 mata kepada 1,588.71 daripada 1,568.03 pada Selasa. 

-- BERNAMA