BERITA TERKINI   Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | Pelabuhan Klang catat peningkatan jumlah pengendalian kontena sebanyak 3.4 peratus kepada 15.14 juta TEUs pada 2025, berbanding 14.64 juta TEUs pada 2024 | Permohonan fasa satu Dana Inovasi Media dibuka bermula 1 hingga 14 Jan ini - Kementerian Komunikasi | PM saran PBT elak guna orang tengah untuk pendaftaran permit perniagaan bazaar Ramadan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.32 pagi, kontrak Mac 2025 dan September 2025, masing-masing merosot 4.5 mata kepada 1,526.0 dan 1,516.5, April 2025 berkurangan 5.5 mata kepada 1,526.5 dan Jun 2025 susut 4.0 mata kepada 1,530.0.  

Jumlah dagangan sebanyak 1,147 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,699 kontrak.  

Pada 9.39 pagi, FBM KLCI merosot 3.39 mata kepada 1,555.52 daripada 1,558.91 sebelum ini.

-- BERNAMA