BERITA TERKINI   Liga Super: Penang FC 2-1 DPMM FC |  54 kapal GSF kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza -- KP SNCC  | Kapal GSF dijangka memasuki zon berisiko tinggi malam ini, berpotensi berdepan pemintasan - KP SNCC | Pada 6 petang, ringgit turun kepada 3.9515/9580 berbanding dolar AS, daripada 3.9300/9330 ketika ditutup pada Khamis | Pengurusan fiskal yang bertanggungjawab membolehkan kerajaan mengurangkan dampak kenaikan harga bahan api global di samping terus menyokong perbelanjaan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi - PM Anwar | 

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak RM51.03 Juta Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd menerima kontrak daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB) untuk  menyiapkan kerja tanah dan cerucuk bagi cadangan membina pangsapuri perkhidmatan di Pulau Pinang, bernilai RM51.03 juta.

Katanya, kontrak merangkumi pelaksanaan dan penyiapan sistem cerucuk asas dan penutup cerucuk, pembinaan ruang bawah tanah dan dua tingkat aras bawah serta semua tapak berkaitan dan kerja tanah bagi cadangan projek pangsapuri perkhidmatan di Bandar Tanjung Pinang, Pulau Andaman.

“Kontrak bermula pada 1 April, 2025 dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan dari tarikh permulaan,” kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kerja Prospek berkata penerimaan kontrak itu satu kebiasaan dalam perniagaan kumpulan dan dilakukan secara berterusan berdasarkan syarat komersial biasa, yang tidak lebih baik daripada yang tersedia kepada umum. 

Di samping itu, katanya, kontrak itu dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan bagi kumpulan tersebut sepanjang tahun depan.

“Kontrak tidak akan memberi kesan terhadap modal saham terbitan kumpulan, tetapi ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 2025 hingga 2026,” katanya.

-- BERNAMA