BERITA TERKINI   Amalkan politik matang, jangan main isu gugat perpaduan, titah Tengku Hassanal | KPKM kurangkan kebergantungan import jagung, soya, beras dan bawang susulan ketidaktentuan geopolitik global - Mohamad | Malaysia sokong mempercepat pelaksanaan Rangka Kerja Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN - PM Anwar | ASEAN terus menggesa kepada keamanan dan usaha meredakan ketegangan, namun perlu bersikap realistik - PM Anwar | PM Anwar cadang pelan keterjaminan makanan serantau sebagai persediaan semasa krisis | 

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional menokok kepada RM27.70 bilion daripada RM11.69 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dana Islam menyusut kepada RM24.20 bilion berbanding RM28.01 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik dan tender repo berbalik semalaman.

BNM turut menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM26 bilion kepada RM27.70 bilion.

Bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional RM27.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM24.20 bilion, kedua-dua untuk tempoh matang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 7 Mac.

-- BERNAMA