BERITA TERKINI   Pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar miskin, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026 - PM Anwar | Kira-kira 3,000 pelajar OKU di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan diberi pendidikan percuma - PM Anwar | Mulai 2026, KPT akan ambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti, Tingkatan Enam dan matrikulasi - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah | PM Anwar umum peruntukan RM100 juta perbaiki kemudahan untuk guru di sekolah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak Mac 2025 merosot 19.50 mata kepada 1,494.0, April 2025 berkurangan 21.0 mata kepada 1,495.0, Jun 2025 merosot 18.50 mata kepada 1,499.50 dan September 2025 jatuh 25.0 mata kepada 1,480.0.  

Jumlah dagangan sebanyak 2,371 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,176 kontrak.

Pada 9.48 pagi, FBM KLCI tutun 16.58 mata kepada 1,519.88 daripada 1,536.46 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA