BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan Berikutan Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

 

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu depan, dengan potensi turun naik disebabkan oleh faktor yang berkaitan cuaca dan ekonomi global, kata pakar industri Denis Low.

Menurut Low, pemacu utama ketidakpastian pasaran adalah konflik tarif Amerika Syarikat (AS) yang berterusan, yang mampu menjejaskan eksport China dan membatasi pertumbuhan dalam sektor perkilangan.

Di samping itu, ribut petir selatan Thailand boleh mengganggu pengeluaran getah, seterusnya mempengaruhi bekalan.

"Selain itu, musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dijangka akan menyebabkan pengeluaran lebih rendah. Oleh itu, pasaran mungkin kekal lemah disebabkan dinamik bekalan dan permintaan dijangka akan mengimbangi," katanya kepada Bernama.

Begitu juga, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menyatakan bahawa pasaran getah boleh menurun minggu depan, didorong oleh ketidakpastian yang mengelilingi tarif AS dan perang perdagangan yang semakin memuncak.

Bagaimanapun, penurunan ini mungkin dihadkan oleh bekalan getah asli (NR) yang terhad berikutan keadaan cuaca hujan yang berterusan.

Jabatan Perangkaan baru-baru ini melaporkan bahawa pengeluaran NR Malaysia jatuh sebanyak 20.8 peratus pada Januari 2025 berbanding Disember 2024.

"Harga getah mungkin menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kekuatan ringgit serta pergerakan harga minyak mentah," kata MARGMA lagi.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 merosot sebanyak 15.0 sen kepada 899.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menyusut sebanyak empat sen kepada 708.00 sen sekilogram.

-- BERNAMA