BERITA TERKINI   AirAsia mengekalkan faktor muatan yang baik sebanyak 83 peratus antara Januari dan Mei lepas - Bo Lingam | AirAsia telah menurunkan tambang sebanyak lima peratus pada 15 Jun susulan penurunan harga bahan api - Bo Lingam | AirAsia menjangka menurunkan tambang penerbangan secara berperingkat susulan penurunan harga bahan api pesawat baru-baru ini - Bo Lingam | Hamzah kembali memegang jawatan Ketua Pembangkang bermula 18 Jun - Speaker Dewan Rakyat | 

Solarvest Dapat Kontrak Bernilai RM401 Juta Untuk Loji Solar 500MWac Di Kedah

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Unit Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd telah mendapat kontrak bernilai RM401 juta daripada TNB Kuala Muda Solar Sdn Bhd.

Kontrak itu termasuk kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi loji fotovoltaik solar berskala besar 500MWac di Bukit Selambau, Kedah.

Solarvest dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak berkenaan dianugerahakan melalui proses pembidaan kompetitif di bawah program solar berskala besar kelima (LSS5) termasuk kejuruteraan, perolehan semua peralatan kecuali komponen utama, pembinaan dan pentauliahan kemudahan solar.

“Atlantic Blue akan memulakan pelaksanaan kerja-kerja awal selepas menerima surat anugerah dan memastikan kerja-kerja EPCC disiapkan pada penghujung 31 Julai, 2027,” katanya.

Syarikat itu menjangkakan projek itu akan menyumbang secara positif kepada aset bersih dan pendapatan sesaham Solarvest dan kumpulan syarikatnya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 dan sehingga siap.

-- BERNAMA