BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.  

Pada 9.40 pagi, Mac 2025 melonjak 13.0 mata kepada 1,507.0 serta April 2025, Jun 2025 dan September 2025, masing-masing meningkat 12.5 mata kepada 1,508.5, 1,512.0 dan 1,498.5.  

Jumlah dagangan sebanyak 2,873 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,170 kontrak.  

FBM KLCI naik 3.57 mata kepada 1,507.73 daripada 1,504.16 semalam selepas 40 minit dagangan.

-- BERNAMA