Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini disebabkan sentimen yang lebih lemah kerana peniaga percaya bahawa kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan kekal tidak berubah dalam tempoh terdekat.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Mac 2025 merosot kepada US$3,034.20 setiap auns troy daripada US$3,047.20 pada Khamis, manakala April 2025 jatuh kepada US$3,044.10 daripada US$3,057.50 sebelum itu.

Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 kesemuanya menguncup kepada US$3,054.10 setiap auns troy daripada US$3,067.50 setiap auns troy pada Khamis.

Jumlah dagangan merosot kepada 17 lot berbanding 65 lot semalam, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 87 kontrak daripada 106 kontrak.

Menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 20 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,038.15 setiap auns troy.

-- BERNAMA