BERITA TERKINI   PM Anwar umum tambahan RM10 juta kepada Kementerian Perpaduan Negara untuk laksana program kenegaraan | PM Anwar seru rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan, fokus usaha majukan negara | Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) 2026-2030 dilancar tahun ini, perkuat garis panduan penggunaan AI - Gobind | Lapan hakim Mahkamah Rayuan dan 14 hakim Mahkamah Tinggi yang baru dilantik akan angkat sumpah 28 Julai ini - PM Anwar | Kerajaan lancar Pelan Induk Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2026-2035 sebagai panduan pacu pembangunan komuniti Bumiputera Pulau Pinang - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Dijangka Terus Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat sedikit menjelang cuti Hari Raya, kata penganalisis.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan antara 1,510 dan 1,515 manakala paras utama yang perlu dipantau kekal pada paras halangan pada 1,550 dan paras sokongan pada 1,500.

“Walaupun ekuiti Malaysia mencatatkan pembetulan mendadak disebabkan pelbagai faktor yang tidak berkaitan, kami menjangka cabaran luaran—termasuk risiko tarif import Amerika Syarikat (AS), konflik Rusia-Ukraine dan kebimbangan mengenai momentum ekonomi China—akan berkurangan secara berperingkat, membantu menstabilkan aliran keluar ekuiti asing,” katanya kepada Bernama. 

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dalam dagangan berhati-hati berikutan kebimbangan pelabur yang ketara dan pengagihan semula dana di pasaran global, dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan, dasar bank pusat dan situasi geopolitik.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama merosot 6.70 mata kepada 1,505.45 daripada 1,512.15 pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, Indeks FBM Emas menambah 5.65 mata kepada 11,305.79, Indeks FBMT 100 berkurangan 8.45 mata kepada 11,061.38, Indeks FBM Emas Shariah naik 37.59 mata kepada 11,027.17, Indeks FBM 70 melonjak 149.60 mata kepada 16,288.07 dan Indeks FBM ACE meningkat 146.96 mata kepada 4,824.64. 

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.30 mata kepada 153.43, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 82.99 mata kepada 18,439.83 manakala Indeks Perladangan meningkat 80.18 mata kepada 7,449.93 dan Indeks Tenaga naik 33.07 mata kepada 751.8.

Jumlah dagangan meningkat kepada 16.55 bilion unit bernilai RM12.15 bilion daripada 16.40 bilion unit bernilai RM14.47 bilion pada minggu sebelumnya.  

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 6.12 bilion unit daripada 8.96 bilion unit bernilai RM13.18 bilion sebelum ini.  

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 4.97 bilion unit bernilai RM671.69 juta daripada 5.45 bilion unit bernilai RM622.41 juta pada minggu sebelumnya.  

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 1.45 bilion unit bernilai RM524.70 juta daripada 1.97 bilion unit bernilai RM667.75 juta sebelum ini.

 Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa sempena cuti umum Nuzul Al-Quran.

-- BERNAMA