Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.
Kontrak Mac 2025 menokok 9.0 mata kepada 1,491.0, April 2025 menambah 9.5 mata kepada 1,493.0, manakala Jun 2025 dan September 2025 masing-masing meningkat 25 mata kepada 1,480.0 dan 1,467.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 23,904 lot daripada 15,437 lot pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka turut melonjak kepada 62,984 kontrak daripada 54,340 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.63 mata kepada 1,503.82 daripada 1,505.45 ketika ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA