BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS kepada 4.0275/0320 daripada 4.0245/0320 semasa ditutup pada Isnin | Majlis Tindakan Ekonomi Negara teliti pelbagaikan sumber bahan api, perkukuh kerjasama dagang dan jamin input pengeluaran - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global: Special Access Pathway dilaksanakan, pastikan akses keperluan kesihatan kritikal - Akmal Nasrullah | Krisis Tenaga Global turut menjejaskan bekalan ubat dan peranti perubatan - Akmal Nasrullah | FELDA dan FGV Holdings perkenal B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit yang berpotensi jadi sumber tenaga alternatif - Pengerusi FELDA | 

Cape EMS Bekerjasama Dengan Aerospace Industrial Development Corporation Taiwan

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Cape EMS Bhd memeterai perkongsian dengan syarikat gergasi aeroangkasa Aerospace Industrial Development Corp (AIDC) Taiwan untuk bekerjasama dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB), pembuatan komponen aeroangkasa dan teknologi sains hayat.

Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik itu dalam kenyataan hari ini berkata kerjasama ini akan menggunakan kepakaran Cape EMS dan AIDC untuk memacu inovasi dan memanfaatkan peluang baharu.

"Dalam TBB, tumpuan akan diberikan kepada penyelesaian mikrogrid generasi akan datang termasuk 'pulau tenaga,' iaitu sistem tenaga selenggara diri yang dihasilkan untuk membekalkan elektrik yang boleh dipercayai dan bersih untuk penduduk di kawasan terpencil dan kurang mendapat perkhidmatan di seluruh Asia Tenggara.

"Kerjasama ini juga akan menggalakkan pengembangan pengeluaran komponen pesawat untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap komponen.

“Memandangkan AIDC telah bekerjasama dengan pengeluar utama seperti Airbus, Boeing dan Bombardier, kerjasama ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua syarikat dalam rantaian bekalan penerbangan," kata syarikat berkenaan.

Kerjasama ini juga akan meningkatkan pembuatan dengan ketepatan submikron bagi menghasilkan komponen penting dalam aplikasi perubatan dan saintifik, menyumbang kepada inovasi dalam penjagaan kesihatan dan penyelidikan.

Cape EMS berkata pasaran pembuatan komponen aeroangkasa global dijangka mencapai kira-kira US$1 trilion menjelang 2025, dengan Asia Pasifik dijangka menyumbang kira-kira US$400 bilion atau sekitar 40 peratus daripada pasaran global (US$1 = RM4.34). 

Menurutnya ia telah giat mengusahakan kerjasama strategik untuk meningkatkan keupayaan agar kekal pada masa hadapan.

Kerjasama ini akan memperteguh hasrat aeroangkasa syarikat dan membuka peluang dalam sektor kejuruteraan jitu, industri yang diunjurkan mencapai US$304 bilion di peringkat global menjelang 2025, dengan Asia Pasifik meneraju perkembangan sektor ini, katanya.

-- BERNAMA

 

TAG: kerjasama, Cape EMS, Aerospace Industrial Development Corp


FUAH FUAH TLC NSS