BERITA TERKINI   Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | TV3 dinobat Juara manakala Bernama ialah Naib Juara Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 | PM Anwar umum peruntukan tambahan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA | 

Niaga Hadapan MSM Susut Hari Ketiga Berturut-turut Susulan Alternatif Minyak Sayuran Lebih Murah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya untuk hari ketiga berturut-turut pada Selasa.

Penurunan itu disebabkan peniaga dibebani kebimbangan yang semakin meningkat mengenai permintaan yang lemah dalam beberapa minggu akan datang susulan ketersediaan alternatif minyak sayuran yang lebih murah, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,150 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,380 setiap tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 susut RM25 kepada RM4,564 setiap tan, kontrak Mei 2025 turun RM55 kepada RM4,377 dan kontrak Jun 2025 merosot RM60 kepada RM4,245 setiap tan.

Kontrak Julai 2025 menyusut RM52 kepada RM4,146, kontrak Ogos 2025 berkurang RM44 kepada RM4,081 dan kontrak September 2025 kehilangan RM38 kepada RM4,045 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 103,859 lot daripada 86,568 lot ketika ditutup pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 257,257 kontrak daripada 256,611 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan turun RM20 kepada RM4,680 setiap tan.

-- BERNAMA