BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 | Sebahagian syarikat dorman tidak dapat dibubar kerana obligasi kewangan seperti hutang perlu dilunaskan - Liew Chin Tong | Rugi bersih Supermax Corporation naik kepada RM58.44 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 | Ringgit ditutup rendah, turun kepada 3.8915/8980 berbanding dolar AS daripada 3.8885/8925 ketika ditutup semalam | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing naik 12 mata kepada 1,515.50 dan 1,509.50 manakala April 2025 dan September 2025 masing-masing menokok 11.5 mata kepada 1,514.50 dan 1,497.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 78,585 lot daripada 53,554 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 133,859 kontrak daripada 98,568 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.45 mata kepada 1,518.05 daripada 1,513.60 pada Selasa.

-- BERNAMA