BERITA TERKINI   Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | TV3 dinobat Juara manakala Bernama ialah Naib Juara Pesta Pantun HAWANA-DBP 2026 | PM Anwar umum peruntukan tambahan RM1 juta kepada Tabung Kasih@HAWANA | 

Pembentangan MATRADE Dan SIDEC Di Forum Mengenai Geran Kerajaan Dan Unjuran Perniagaan

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pegawai kanan dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) akan bercakap dalam forum perniagaan di sini pada 9 April 2025.

Forum itu dianjurkan oleh Biro Ekonomi Persatuan Hainan Wilayah Persekutuan dan Selangor di dewan konvensyen persatuan berkenaan di Robson Heights sebagai sebahagian daripada usaha biro itu untuk membantu komuniti perniagaan mendapat maklumat mengenai program ekonomi serta perindustrian terkini kerajaan. 

“Memandangkan Malaysia sedang muncul sebagai lokasi yang ideal untuk pelaburan langsung asing (FDI) dalam perdagangan, teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI), biro ekonomi itu berpendapat bahawa forum itu amat berguna bagi usahawan serta badan profesional untuk mengetahui pelbagai kemudahan dan program sokongan yang disediakan oleh kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. 

“Ini termasuk geran e-dagang dengan platform perdagangan media sosial dan pendigitalan atau geran penerimaan AI, selain kemudahan pembiayaan oleh institusi perbankan,”” kata jurucakap biro ekonomi itu melalui satu kenyataan hari ini.

Jurucakap itu menjelaskan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade (Pembangunan Eksport) Mansor Wahid akan merasmikan forum pada 9 pagi.

Selain pegawai MATRADE dan SIDEC,  terdapat juga pembentangan oleh bank, pengamal media digital dan usahawan untuk memberikan kejelasan serta kesedaran yang lebih besar mengenai potensi perniagaan dan kemudahan sokongan termasuk pembiayaan untuk perniagaan. 

Penyertaan adalah percuma. Untuk pendaftaran dan butiran lanjut, sila hubungi  019-3113651 

-- BERNAMA