BERITA TERKINI   Keuntungan Tahun Kewangan 2025 Sime Darby turun 37.7 peratus kepada RM2.06 bilion berikutan tiada sumbangan daripada keuntungan jualan segmen penjagaan kesihatan | Dua maut, lima cedera dalam kebakaran rumah di Batu 36, Jalan Pontian, Johor pagi tadi - Bomba | Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sah letak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia - FAM | Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dinamakan Pemangku Presiden FAM berkuat kuasa serta-merta - FAM | Gempa bumi lemah 3.2 magnitud di Segamat pagi ini susulan kejadian gempa di daerah sama 24 Ogos lalu - KP MetMalaysia | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, seiring dengan pasaran tunai pendasar.

April 2025 dan Mei 2025 masing-masing merosot 12.0 mata kepada 1,502.50 dan 1,501.0, Jun 2025 turun 12.5 mata kepada 1,494.50, dan September 2025 susut 24.0 mata kepada 1,482.5. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,073 lot daripada 8,016 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 44,881 kontrak daripada 45,226 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 14.77 mata kepada 1,504.14 berbanding 1,518.91 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA