BERITA TERKINI   Hubungan strategik Malaysia-Turkiye ditingkat termasuk dalam soal AI, tenaga dan nadir bumi - Anwar | Malaysia-Turkiye bincang soal Gaza, sifatkan tindakan Netanyahu halang bantuan adalah zalim, hilang nilai kemanusiaan - PM Anwar | Kunjungan rasmi ke Turkiye eratkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi, teroka potensi pelbagai bidang - PM Anwar | PM Anwar hari ini menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pemimpin industri di Türkiye sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Seiring Prestasi Pasaran Tunai Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan seiring dengan pasaran tunai minggu depan.

Pasaran tunai mungkin didagangkan dalam mod lebih berhati-hati walaupun pelabur berkemungkinan telah menyerap kesan tarif Amerika Syarikat (AS)

Pada asas Jumaat ke Jumaat, April 2025 susut 9.5 mata kepada 1,502.5, kontrak bulan Mei 2025 berada pada 1,501.0, Jun 2025 merosot 11.5 mata kepada 1,494.5 dan September 2025 turun 11.0 mata kepada 1,482.5. 

Jumlah dagangan menyusut dengan ketara kepada 25,964 lot minggu ini daripada 207,315 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka turun kepada 44,881 kontrak daripada 59,411 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, indeks utama turun 9.51 mata kepada 1,504.14 daripada 1,513.65 pada minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Isnin dan Selasa (31 Mac dan 1 April) bersempena dengan cuti umum Aidilfitri.

-- BERNAMA