BERITA TERKINI   Kerajaan beri amaran kepada korporat, industri supaya hentikan aktiviti "channel switching" dan beli minyak pada harga pasaran atau berhadapan dengan tindakan - Amir Hamzah | APAD batal Lesen Pengendali syarikat pemandu treler, MFG Barokah Enterprise susulan kemalangan maut di Gemas Baharu, Johor korbankan tiga nyawa | Krisis Tenaga Global: Langkah kekalkan subsidi bersasar diesel pastikan sektor kritikal seperti nelayan, pengangkutan awam terus nikmati diesel pada kadar terkawal - Amir Hamzah | Krisis Tenaga Global: Kerajaan kini tanggung kos subsidi petrol dan diesel sebanyak RM6 bilion berbanding RM700 juta sebelum perang - Amir Hamzah | Krisis tenaga global: Bekalan minyak Malaysia lebih kukuh berbanding negara lain - Amir Hamzah | 

Perang Perdagangan AS-China Akan Bawa Impak Berpanjangan Ke Atas ASEAN

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, April 9 (Bernama) -- Perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan, yang menyaksikan tarif ke atas barangan China meningkat lebih 104 peratus akan membawa impak berpanjangan ke atas pasaran global, termasuk Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Pengerusi George Town Institute of Open and Advanced Studies dan felow kerhomat Institute for Capital Market Research Tan Sri Andrew Sheng berkata perang perdagangan bukan faktor sementara tetapi merupakan sebahagian daripada persaingan geopolitik lebih meluas yang mungkin berterusan selama bertahun-tahun.

"Ini bukan masalah jangka pendek. Perang perdagangan adalah sebahagian daripada persaingan yang lebih besar. Jadi, kita melihat (perang) yang berlarutan.

“Jelas sekali, setiap presiden (AS) berharap dapat menyelesaikannya dalam tempoh empat tahun. Tetapi kini kita melihat apa yang dimulakan oleh Presiden Donald Trump pada 2016 diteruskan oleh bekas presiden AS Joe Biden dan kini Trump sekali lagi menerusi  pentadbiran penggal keduanya.

"Jadi, ini bukan bersifat jangka pendek. Saya tidak fikir masalah ini akan diselesaikan," kata Sheng, yang juga merupakan bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia kepada media di luar Persidangan Pelaburan ASEAN 2025, di sini, hari ini.

-- BERNAMA