BERITA TERKINI   Fasa Monsun Barat Daya bermula esok, cuaca lebih panas, kering, taburan hujan rendah - TPM Ahmad Zahid | Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nam Dinh 0 - 2 Selangor FC | 430 motosikal Honda model CMX500A dan CBR650RAC dipanggil semula bermula 25 Mei berikutan isu teknikal - JPJ | Proses peralihan, penukaran MyKad Struktur Baharu tidak ganggu proses penebusan bantuan kerajaan termasuk SARA, BUDI95 - JPN  | Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.87 sen seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026 - Kementerian Kewangan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelemahan dalam prestasi pasaran tunai.

Pada penutup, kontrak April 2025 turun 14.0 mata kepada 1,448.0, Mei 2025 susut 13.5 mata kepada 1,446.5, Jun 2025 berkurangan sebanyak 13.0 mata kepada 1,443.0 dan September 2025 hilang 12.5 mata kepada 1,430.0.

Jumlah dagangan melembap kepada 11,855 lot daripada 13,840 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 47,008 kontrak berbanding 50,029 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI jatuh 8.37 mata atau 0.57 peratus kepada 1,454.76 daripada 1,463.13 yang dicatatkan pada Khamis.

-- BERNAMA