BERITA TERKINI   RTM mohon maaf atas gangguan teknikal ketika siaran langsung separuh masa pertama perlawanan Piala Dunia antara Perancis dan Senegal | 13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah sebuah agensi kerajaan ditahan kerana disyaki terima rasuah kira-kira RM2.5 juta - SPRM | Malaysia, Tatarstan lihat potensi perluas kerjasama pelbagai bidang termasuk pendidikan, industri halal - PM Anwar | Rektor UIAM Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2026 | Pakar Fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2026 | 

Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas NGCC Diadakan Tidak Lama Lagi, Perkukuh Perdagangan Negara

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Mesyuarat pertama Pasukan Petugas Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) akan diadakan tidak lama lagi untuk mempercepat pelaksanaan cadangan NGCC termasuk memperkukuh daya tahan perdagangan negara.

Mandat utama mereka yang lain adalah merangka tindak balas dasar terhadap risiko geopolitik semasa serta melindungi kepentingan ekonomi dan pekerjaan rakyat Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Pasukan Petugas itu akan merangkumi wakil Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pemimpin industri, ahli ekonomi dan pakar dasar.

“Komposisi yang merangkumi sektor awam dan swasta ini penting untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat berlandaskan dasar kerajaan dan realiti semasa.

“Saya akan terus maklumkan perkembangan lanjut dari Pasukan Petugas ini dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial X hari ini.

Tengku Zafrul berkata mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu NGCC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi tumpuan kepada strategi Malaysia dalam menangani impak tarif timbal balas Amerika Syarikat terhadap eksport dan pelaburan negara.

-- BERNAMA