BERITA TERKINI   Pendidikan yang baik bukan sekadar lahirkan insan cemerlang akademik tetapi juga berakhlak, beradab dan bertanggungjawab - PM Anwar | Jangan ada pandangan serong terhadap kementerian dan pasukan keselamatan, tindakan undang-undang hanya diambil kepada pegawai terlibat - PM Anwar | Semua keputusan perolehan ATM, PDRM yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya - PM Anwar | Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025, disokong oleh prestasi sektor utama ekonomi yang memberangsangkan dan permintaan domestik yang kukuh - DOSM | KDNK suku keempat 2025 dijangka tunjuk pertumbuhan positif - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini apabila para peniaga kekal berhati-hati menjelang rundingan perdagangan antara Jepun dan Amerika Syarikat (AS) Khamis ini, kata seorang penganalisis. 

Kontrak April 2025 turun 4.5 mata kepada 1,475.0, manakala Mei 2025, Jun 2025, dan September 2025 susut 5.5 mata masing-masing kepada 1,472.5, 1,469.5 dan 1,455.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,437 lot daripada 8,272 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 44,387 kontrak daripada 44,541 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.57 mata kepada 1,486.43 daripada paras penutup 1,480.86 pada Isnin.

-- BERNAMA