BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turun 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

T7 Global Peroleh Kontrak EPCC Daripada Petronas

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh T7 Global Bhd (T7 Global), Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas). 

T7 Global akan bertindak sebagai kontraktor panel untuk operasi jarak jauh yang berkaitan dengan EPCC, menyokong initiatif transformasi dan pendigitalisasi aset Petronas, kata penyedia penyelesaian tenaga itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Initiatif itu bertujuan meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi di luar pesisir. Pelantikan itu sah selama lima tahun sehingga 2030.

“Skop kerja termasuk reka bentuk kejuruteraan, pengubahsuaian kemudahan, penyepaduan aset dan pentauliahan sistem,” kata T7 Global.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Nik Norzrul Thani berkata T7 Global memperoleh pelbagai kontrak utama sejak beberapa bulan lepas.

Katanya, menerusi bahagian tenaganya, syarikat berjaya memperoleh kontrak penyelenggaran, pembinaan, pengubahsuaian dan pelantar bicu daripada beberapa pelanggan.

“Sementara itu, bahagian penyelesaian industri kami telah dianugerahkan kontrak oleh Kementerian Pertahanan untuk menyediakan sistem radar.

“Kontrak ini akan menyediakan aliran wang tunai yang stabil kepada kumpulan, membentuk asas kewangan yang kukuh bagi menyokong pengembangan berterusan kami dan pelan pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

-- BERNAMA