BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Kekurangan Bekalan Mentah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan bahan mentah akibat musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama dan pengukuhan dalam harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Menurut beliau, sentimen pasaran juga dirangsang oleh harapan yang berkaitan rundingan tarif Amerika Syarikat (AS) dan langkah-langkah stimulus China. 

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh ringgit yang lebih kuat berbanding dolar US di tengah-tengah kebimbangan terhadap prospek ekonomi global," katanya kepada Bernama. 

 Peniaga berkata harga minyak meneruskan keuntungan hari ini susulan prospek bekalan yang lebih terhad selepas Washington mengenakan sekatan lanjut bagi membendung perdagangan minyak Iran dan pada ketika, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menjanjikan lebih banyak pemotongan output untuk mengimbangi pengeluaran di atas kuota yang dipersetujui. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 meningkat sebanyak 11.5 sen hingga 751.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik 2.5 sen kepada 651.5 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup esok sempena "Good Friday", ia akan beroperasi semula menjelang Isnin depan, 21 April 2025. 

 

-- BERNAMA