BERITA TERKINI   Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi ketika awal dagangan pada Khamis.

Pada 9.54 pagi, April 2025 naik 2.0 mata kepada 1,498.50, Mei 2025 kekal tidak berubah pada 1,496.50, Jun 2025 menambah 3.50 mata kepada 1,496.50 dan September 2025 melonjak 1.50 mata kepada 1,479.50.

Jumlah dagangan sebanyak 4,324 lot dengan kepentingan terbuka pada 44,997 kontrak.

Pada 10.02 pagi, indeks asas FBM KLCI melonjak 3.20 mata kepada 1,504.39 daripada 1,504.39 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA