BERITA TERKINI   Sebahagian besar kandungan melibatkan penipuan dan judi dalam talian disebarkan menerusi Facebook - Fahmi | 91 peratus kandungan media sosial minta diturunkan adalah berkaitan scam dan judi dalam talian - Fahmi | Raja Permaisuri Agong sempurnakan penamaan, pelancaran Kapal Misi Pesisir TLDM, Tunku Laksamana Abdul Jalil di Istanbul hari ini | Permohonan Dana Pemangkin Generasi MADANI bernilai RM5 juta dibuka 1 hingga 30 Jun ini bagi sokong penghasilan kandungan kreatif - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal pada Jumaat.

Pada 9.20 pagi, April 2025 merosot 0.5 mata kepada 1,530.5 manakala Jun 2025 meningkat 1.0 mata kepada 1,529.0. September 2025 naik 1.5 mata kepada 1,513.0 dan Disember 2025 melonjak 10.5 mata kepada 1,522.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,155 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,398 kontrak.

Pada 9.35 pagi, indeks kadar asas FBM KLCI merosot 3.51 mata kepada 1,536.71 daripada 1,540.22 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA