BERITA TERKINI   Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025, disokong oleh prestasi sektor utama ekonomi yang memberangsangkan dan permintaan domestik yang kukuh - DOSM | KDNK suku keempat 2025 dijangka tunjuk pertumbuhan positif - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang lebih baik.

Mei 2025 dan Disember 2025 meningkat 6.5 mata, masing-masing kepada 1,545.0 dan 1,536.5, Jun 2025 menokok 5.5 mata kepada 1,543.0, manakala September 2025 naik 5.0 mata kepada 1,527.0.

Jumlah dagangan susut kepada 4,302 lot daripada 6,458 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 36,502 kontrak daripada 38,679 sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.24 peratus atau 3.76 mata kepada 1,546.50 daripada 1,542.74 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA