BERITA TERKINI   Tiada unsur buli babitkan kes pelajar tingkatan empat yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Seremban - KP Pendidikan | Kerjasama itu membuka ruang penglibatan lebih strategik pada masa depan termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan, antara pemilik rizab gas terbesar dunia - PMO | PM Anwar, Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini saksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan - PMO | Pencapaian ini hadir sempena 30 tahun kerjasama Malaysia, Turkmenistan dalam sektor tenaga, yang menjadi antara tonggak penting hubungan dua hala kedua-dua negara - PMO | Kerjasama strategik antara Petronas, pihak berkuasa Turkmenistan buka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara Malaysia dan Turkmenistan - PMO | 

Energy Asia 2025 Tumpu Isu Geopolitik, Landskap Makro Industri Tenaga -- Petronas

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Forum Energy Asia 2025 edisi kedua akan memberi tumpuan kepada isu geopolitik dan landskap makro yang melibatkan industri tenaga, kata Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengurus Besar Kanan Komunikasi dan Hubungan Strategik (Tenaga Asia dan Strategik, Pentadbiran dan Tadbir Urus) Kumpulan Petronas Datin Arni Laily Anwaruddin berkata forum itu turut membincangkan mengenai teknologi dan kewangan melibatkan industri. 

“Saya berpendapat perkara penting mengenai Energy Asia ialah sokongan yang kita perlukan.

“Ia bukan hanya mengenai Petronas atau penggubal dasar, ia mengenai penggubal dasar, ahli akademik dan pelajar bersama-sama berbincang untuk melihat bagaimana kerjasama ini boleh membawa manfaat.

“Kami memerlukan semua pihak dan semua topik ini penting bagi memastikan Energy Asia memberikan hasil dan peralihan tenaga yang berkesan bagi Asia,” katanya kepada pemberita selepas majlis “Petronas’s Lunch Escape: Road to Energy Asia” hari ini.

Edisi kedua Energy Asia 2025 itu merupakan anjuran bersama Petronas dan CERAWeek oleh S&P Global. Edisi pertama diadakan pada 2023.

Ia dijadualkan berlangsung bermula 16-18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Energy Asia berperanan sebagai pemangkin bagi memacu misi bersih sifar di rantau ini dengan menghimpunkan penggubal dasar, peneraju industri dan profesional bidang tenaga bagi mencari penyelesaian untuk peralihan tenaga yang adil serta bertanggungjawab.

Bertemakan “Delivering Asia’s Energy Transition”, perbincangan akan tertumpu kepada usaha kerjasama merentasi negara Asia, bagi meningkatkan keselamatan tenaga, menggalakkan tenaga boleh baharu, menggunakan penyelesaian penyahkarbonan, memudahkan pemindahan teknologi dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosio-ekonomi.

-- BERNAMA