BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. 

Beliau berkata ketidakpastian berhubung dasar tarif Amerika Syarikat (AS) juga menjejaskan sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya harga dihadkan oleh prospek positif pertumbuhan ekonomi China dan AS di tengah-tengah petanda ketegangan yang semakin mengendur antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia itu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, setakat 3 petang ini, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 turun 10 sen kepada 759 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 3.0 sen kepada 609 sen sekilogram.

-- BERNAMA