BERITA TERKINI   Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | Kajian keperluan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 akan bermula tahun ini - Menteri Pendidikan | Kementerian Pertahanan dan ATM telah lama haramkan kegiatan tidak bersahsiah di semua kem di seluruh negara - Mohamed Khaled | Pelan anti rasuah Kementerian Pertahanan akan dirombak besar-besaran tahun ini - Mohamed Khaled  | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta bulan Mei 2025 meningkat kepada US$3,317.20 setiap auns troy daripada US$3,244.70 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Jun 2025 menokok kepada US$3,330.20 setiap auns troy daripada US$3,257.50 setiap auns troy.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 melonjak kepada US$3,343.90 setiap auns troy daripada US$3,271.20 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan naik kepada 665 lot daripada 477 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 698 kontrak daripada 33 kontrak semalam.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,261.55 setiap auns troy.

-- BERNAMA