BERITA TERKINI   Sebahagian besar kandungan melibatkan penipuan dan judi dalam talian disebarkan menerusi Facebook - Fahmi | 91 peratus kandungan media sosial minta diturunkan adalah berkaitan scam dan judi dalam talian - Fahmi | Raja Permaisuri Agong sempurnakan penamaan, pelancaran Kapal Misi Pesisir TLDM, Tunku Laksamana Abdul Jalil di Istanbul hari ini | Permohonan Dana Pemangkin Generasi MADANI bernilai RM5 juta dibuka 1 hingga 30 Jun ini bagi sokong penghasilan kandungan kreatif - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menyaksikan dagangan lebih rendah pada sesi awal hari ini.

Pada 9.36 pagi ini, kontrak bulan semasa Mei 2025 dan Jun 2025 jatuh 9.5 mata masing-masing kepada 1,535.5 dan 1,535.0, September 2025 merosot kepada 1,520.0 dan Disember 2025 susut 12.0 mata kepada 1,524.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,388 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,520 kontrak.

FBM KLCI naik 7.46 mata kepada 1,537.34 selepas 36 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,544.80 semalam.

-- BERNAMA