BERITA TERKINI   Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | 

Pharmaniaga Dapat Lanjutan Tiga Bulan Untuk Laksana Pelan Regularisasi

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) hari ini memberikan lanjutan tiga bulan kepada Pharmaniaga Bhd sehingga 29 Ogos 2025 untuk melaksanakan Pelan Regularisasinya.

"Lanjutan masa yang diberikan adalah tanpa prejudis terhadap hak Bursa Securities untuk meneruskan penggantungan dagangan sekuriti tersenarai Pharmaniaga dan menyahsenarai syarikat itu sekiranya gagal melaksanakan Pelan Regularisasinya dalam tempoh masa atau tempoh lanjutan yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa kawal selia," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sekiranya gagal berbuat demikian, Bursa Securities akan menggantung dagangan sekuriti tersenarai Pharmaniaga pada hari pasaran yang keenam selepas tarikh pemberitahuan penggantungan oleh Bursa Securities dan menyahsenarai syarikat itu, tertakluk kepada hak syarikat untuk merayu terhadap penyahsenaraian berkenaan," katanya.

-- BERNAMA