BERITA TERKINI   SBS NEXUS mula pada harga 25 sen dengan 5.30 juta saham didagangkan di Pasaran ACE | PRK Kinabatangan, Lamag: SPR sasar peratusan keluar mengundi lebih 65 peratus - Pengerusi SPR | PRK Kinabatangan, Lamag: Keputusan rasmi dijangka diumumkan 10 malam - Pengerusi SPR | PRK Kinabatangan, Lamag: Sebanyak 20.1 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 9 pagi - Pengerusi SPR | Pusat pengundian awal bagi PRK Kinabatangan, Lamag dibuka 8 pagi ini - SPR | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.  

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025 turun 17.0 mata kepada 1,528.0, Jun 2025 susut 17.5 mata kepada 1,527.0, September 2025 berkurangan 19.0 mata kepada 1,511.0 manakala Disember 2024 jatuh 18.0 mata kepada 1,518.0. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 10,710 lot daripada 4,207 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 45,700 kontrak daripada 38,705 kontrak. 

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 17.78 mata kepada 1,527.02 daripada paras penutup 1,544.80 pada Rabu.

-- BERNAMA