BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Cebu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 | Dasar sosial hanya bernilai apabila ia mampu mengubah kehidupan rakyat menjadi lebih baik - TPM Ahmad Zahid | Dasar sosial bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi libatkan penjagaan, sokongan keluarga dan maruah hidup - TPM Ahmad Zahid | Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 garis 102 inisiatif dengan empat tumpuan iaitu pencegahan, pemerkasaan, promosi & perlindungan - TPM Ahmad Zahid | Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 jadi jambatan antara dasar dirangka dan kehidupan rakyat - TPM Ahmad Zahid | 

Rasionalisasi Subsidi RON95 Akan Dilaksana Pada Separuh Kedua 2025 - Amir Hamzah 

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) akan meneruskan proses pelaksanaan rasionalisasi RON95, namun pada ketika ini fokus tertumpu kepada perbincangan bagi memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat. 

“MoF akan terus dalam proses untuk pelaksanaan rationalisasi subsidi, tetapi buat masa sekarang, yang pentingnya kita harus memastikan tahap mereka yang akan mendapat sokongan subsidi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kabinet berbincang mengenai pengecualian rakyat Malaysia yang mana akan layak untuk dapat subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2025 Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini hari ini.

-- BERNAMA