BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah kepada Pusat Jantung Hospital Serdang atas pencapaian membanggakan dalam beri rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat | Tumpuan pembangunan negara tidak hanya kepada digital, teknologi malah berpaksi nilai berteraskan agama - PM Anwar | Kerajaan terus beri sokongan jayakan sambutan Hari Wesak bagi hormati masyarakat Buddha di negara ini - PM Anwar | PM Anwar seru majoriti yang cintakan Malaysia tidak biarkan negara ditawan naratif kebencian | PM Anwar mahu agensi berkaitan turun padang bantu PKS, perjelas pembiayaan disediakan kerajaan | 

Unit Shin Yang Terimai LOI Daripada Kementerian Dalam Negeri Untuk Projek Kapal Peronda

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Shin Yang Group Bhd (Shin Yang), Shin Yang Shipyard Sdn Bhd menerima Surat Hasrat (LOI) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi pelantikannya sebagai kontraktor kerja-kerja pembinaan kapal peronda luar pesisir (OPV).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini Shin Yang berkata LOI tersebut menyatakan hasrat KDN untuk melantik Shin Yang Shipyard sebagai kontraktor bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan yang masih berbaki bagi OPV 2 dan OPV 3 bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“LOI yang dikeluarkan ini tertakluk kepada perbincangan dan rundingan lanjut antara KDN dan Shin Yang Shipyard mengenai terma-terma khusus kontrak pembinaan kapal yang dicadangkan,” katanya.

Shin Yang berkata LOI tersebut tidak membentuk satu komitmen yang mengikat secara sah oleh KDN, dan tiada jaminan bahawa kontrak muktamad akan dianugerahkan kepada Shin Yang Shipyard.

“Sekiranya kontrak pembinaan kapal tersebut dianugerahkan (kepada Shin Yang), ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

“Bagaimanapun, impak kewangan sebenar hanya dapat dikenal pasti setelah kontrak dimuktamadkan dan ditandatangani,” kata syarikat itu.

-- BERNAMA