BERITA TERKINI   Fasa Monsun Barat Daya bermula esok, cuaca lebih panas, kering, taburan hujan rendah - TPM Ahmad Zahid | Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nam Dinh 0 - 2 Selangor FC | 430 motosikal Honda model CMX500A dan CBR650RAC dipanggil semula bermula 25 Mei berikutan isu teknikal - JPJ | Proses peralihan, penukaran MyKad Struktur Baharu tidak ganggu proses penebusan bantuan kerajaan termasuk SARA, BUDI95 - JPN  | Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.87 sen seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Mei 2026 - Kementerian Kewangan | 

CIMB Bank, UnionPay Bekerjasama Pertingkat Perkhidmatan Pembayaran Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- CIMB Bank Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama UnionPay International (UPI) bagi mempertingkatkan perkhidmatan pembayaran di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, CIMB berkata kerjasama berkenaan bertujuan menambah baik pengalaman pembayaran bagi pemegang kad UnionPay khususnya dalam sektor berfrekuensi tinggi seperti runcit, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan e-dagang.

Bank itu berkata UPI juga akan membekalkan kepada peniaga CIMB dengan akses perkhidmatan pengesahan keselamatan hak milik sekali gus mengoptimumkan persekitaran penerimaan e-dagang dan pembayaran digital di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Gurdip Singh Sidhu berkata kerjasama ini menyerlahkan komitmen bank untuk memajukan penyelesaian pembayaran yang menawarkan kemudahan lebih besar serta peluang pertumbuhan kepada pelanggan.

“Kerjasama dengan UPI membolehkan liputan penyelesaian yang lebih luas di antara ASEAN-China dengan global sekali gus memberikan pelanggan akses serta keselamatan yang lebih baik, terutamanya semasa perjalanan dan perdagangan rentas sempadan,” katanya.

-- BERNAMA