BERITA TERKINI   KKM kaji pelaksanaan sistem 'e-MC', bendung sindiket sijil sakit palsu - Dzulkefly | Sebanyak 402 kes berkaitan vape dikesan mengandungi dadah sintetik berbahaya - Dzulkefly | Bekas Ketua Bernama Radio Allahyarham Azlan Idris diumum penerima Anugerah Khas HAWANA 2026 | Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman diumum penerima Anugerah HAWANA 2026 | Peruntukan Dana Inovasi Media diteruskan, RM24.57 juta disalur kepada 72 syarikat setakat ini- PM Anwar | 

U Mobile Lantik CIMB Sebagai Koordinator Pinjaman Pembiayaan 5G RM4 Bilion

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- U Mobile melantik CIMB sebagai koordinator pinjaman dan pengatur utama yang diberi mandat untuk memudahkan serta menguruskan pembiayaan sehingga RM4 bilion bagi menyokong pelaksanaan infrastruktur rangkaian 5G termaju di seluruh negara.

Dalam kenyataan bersama, U Mobile berkata pembiayaan berkenaan akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal bagi mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G Generasi Seterusnya U Mobile yang disasarkan mencapai liputan 80 peratus daripada kawasan berpenduduk menjelang Julai 2026.

Sebagai sebahagian daripada pengaturan itu, CIMB berhasrat untuk turut serta dalam pembiayaan berkenaan sekurang-kurangnya RM1.5 bilion manakala selebihnya akan bersindiket bersama institusi kewangan lain.

“Kejayaan ini menekankan kemajuan berterusan U Mobile sebagai penyedia rangkaian 5G terkini negara, mendorong kesalinghubungan dan inovasi digital serta memperkukuh aspirasi digital Malaysia,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA