BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Buriram United 1-1 Selangor FC | Kes Zara Qairina adalah kes pertama didakwa guna Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan selepas pindaan undang-undang diwartakan Julai lepas - Saifuddin Nasution | Kes Pamela Ling: Polis rakam keterangan 48 saksi termasuk empat pegawai SPRM, kertas siasatan sedang dilengkapkan - Saifuddin Nasution | Dewan Rakyat: Sebanyak 71 laluan haram untuk aktiviti penyeludupan dikesan sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan - Saifuddin Nasution | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.21 pagi, kontrak bulan semasa susut 3.5 mata kepada 1,495.0, Julai 2025 jatuh 1.5 mata kepada 1,495.0 dan September 2025 susut 1.0 mata kepada 1,478.50, bagaimanapun Disember 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,488.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,205 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,410 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI turun 1.09 mata kepada 1,502.16 selepas 40 minit dagangan daripada 1,503.25 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA