BERITA TERKINI   JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | Kereta mewah, wang tunai RM1.3 juta dan 66 jongkong emas antara disita dalam siasatan kes libatkan dua pegawai kanan ATM - KP SPRM | Pegawai penyiasat diarah siapkan kertas siasatan libatkan PTD selewat-lewatnya Isnin minggu hadapan - KP SPRM | Siasatan kes rasuah bekas Panglima Tentera Darat dimulakan sebelum pengadu buat laporan polis - KP SPRM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi ketika awal dagangan pada Khamis.

Pada 9.22 pagi, kontrak Jun 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,511.0, Julai 2025 dan September 2025 masing-masing menokok 3.5 mata kepada 1,506.50 dan 1,490.0 manakala Disember 2025 menambah 5.0 mata kepada 1,496.50.

Jumlah dagangan sebanyak 753 lot manakala kepentingan terbuka pada 31,785 kontrak.

FBM KLCI meningkat 3.33 mata kepada 1,511.30 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding 1,507.97 semasa ditutup pada Rabu

-- BERNAMA