BERITA TERKINI   Permohonan kuota penggajian pekerja asing sektor perladangan, pertanian, perlombongan dan 10 subsektor terpilih dibuka - Saifuddin | Siling pekerja asing ditetapkan pada jumlah maksimum 2,467,756 orang sehingga 31 Dis tahun ini - Saifuddin | Pertimbangan pengecualian cukai kepada negara lain tertakluk kepada rundingan permintaan, tawaran balas negara berkaitan, dengan syarat beri manfaat dan keuntungan kepada Malaysia - Tengku Zafrul | Pengecualian cukai jualan ke atas produk pertanian diimport dari AS adalah hasil rundingan yang telah dimuktamadkan berdasarkan kepentingan bersama - Tengku Zafrul | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan rendah semasa awal dagangan pada Jumaat.

Pada 9.25 pagi, Jun 2025 dan September 2025 masing-masing susut 11.5 mata kepada 1,507.0 dan 1,488.50 manakala Julai 2025 turun 9.0 mata kepada 1,508.0 serta Disember 2025 merosot 12.5 mata kepada 1,493.50.

Jumlah dagangan 1,789 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 32,779 kontrak.

Selepas 43 minit dagangan, FBM KLCI susut 1.11 mata kepada 1,517.01 daripada 1,518.12 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA