BERITA TERKINI   JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | Kereta mewah, wang tunai RM1.3 juta dan 66 jongkong emas antara disita dalam siasatan kes libatkan dua pegawai kanan ATM - KP SPRM | Pegawai penyiasat diarah siapkan kertas siasatan libatkan PTD selewat-lewatnya Isnin minggu hadapan - KP SPRM | Siasatan kes rasuah bekas Panglima Tentera Darat dimulakan sebelum pengadu buat laporan polis - KP SPRM | ADUN Merlimau Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh umum letak jawatan Exco Kerajaan negeri Melaka berkuat kuasa minggu depan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2025 susut 12 mata kepada 1,506.50, Julai 2025 turun 13 mata kepada 1,504.50, September 2025 berkurangan 12.5 mata kepada 1,487.50, dan Disember 2025, menyusut 11 mata  kepada 1,494.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,828 lot daripada 4,814 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 37,381 kontrak daripada 35,625 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 0.08 peratus atau 1.33 mata kepada 1,516.79 daripada paras penutup 1,518.12 pada Khamis.

-- BERNAMA