BERITA TERKINI   Polis buka kertas siasatan susulan laporan palsu kemangkatan Sultan Kelantan - Ketua Polis Kelantan | Kerajaan pertimbang wajibkan label ‘AI generated’ bagi kandungan digital di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan petunjuk baharu.

Kontrak semerta bulan Jun 2025 susut kepada US$3,330.0 setiap auns troy berbanding US$3,371.80 setiap auns troy pada Jumaat, manakala kontrak Julai 2025 turun kepada US$3,338.5 setiap auns troy daripada US$3,380.30. 

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 berkurang kepada US$3,352.0 setiap auns troy daripada US$3,393.80 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 68 lot berbanding 109 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 30 kontrak daripada 122 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,339.90 setiap auns troy.

-- BERNAMA