BERITA TERKINI   MCMC buka 42 kertas siasatan, panggil 22 individu berhubung penyebaran maklumat palsu berkait krisis tenaga global yang tular di media sosial dan platform digital - Fahmi | Jemaah Menteri setuju tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara, menteri besar, ketua menteri dan premier sebagai ahli tetap - Fahmi | Mekanisme penggunaan MyKasih dan MyKad untuk pemberian subsidi termasuk diesel diteliti MoF, keputusan diumum kelak - Fahmi | Jemaah Menteri pertimbang keperluan kehadiran anggota polis di stesen minyak di sempadan negara, pastikan aspek keselamatan dipertingkat - Fahmi | 

UOB Berperanan Dalam Pembiayaan Pusat Data RM15 Bilion Di JS-EEZ

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mengumumkan peranannya sebagai penyelaras bersama, pengatur utama yang dimandatkan, penaja jamin dan penyelaras bersama dalam salah satu transaksi pembiayaan pusat data terbesar di Asia Tenggara.

Urus niaga mercu tanda ini, yang membabitkan pembiayaan pelbagai mata wang sebanyak RM15 bilion, turut menjadi kemudahan Islam hijau bersindiket terbesar di Malaysia.

Bank itu melalui satu kenyataan hari ini berkata urus niaga tersebut menyokong pembangunan pusat data transformatif DayOne dari Singapura, yang bertempat dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

"Ia berjaya diuruskan oleh UOB dalam perhubungan dengan enam institusi kewangan terkemuka yang lain, ini mencerminkan semangat kerjasama yang penting untuk menyampaikan projek-projek infrastruktur transformatif di rantau berkenaan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei berkata transaksi mercu tanda ini mencerminkan dedikasi bank itu bagi menyokong projek-projek infrastruktur yang memacu transformasi digital yang mampan di seluruh ASEAN.

"Dengan pembiayaan bersama pusat data DayOne di JS-SEZ, kami bukan sahaja menyokong ekonomi digital Malaysia tetapi turut mengukuhkan tonggak ketersambungan yang akan membolehkan perniagaan dari kedua-dua seberang tambank berkembang maju dalam era digital.

"Kami tetap komited terhadap sokongan berterusan dan pembangunan JS-SEZ sebagai koridor ekonomi strategik yang meningkatkan hubungan serantau selain memacu pertumbuhan yang mampan," katanya lagi.

Penglibatan bank dalam pembiayaan mercu tanda itu adalah sejajar dengan strateginya yang lebih luas untuk menyokong pembangunan infrastruktur yang mampan di seluruh Asia.

-- BERNAMA