BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah kepada Pusat Jantung Hospital Serdang atas pencapaian membanggakan dalam beri rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat | Tumpuan pembangunan negara tidak hanya kepada digital, teknologi malah berpaksi nilai berteraskan agama - PM Anwar | Kerajaan terus beri sokongan jayakan sambutan Hari Wesak bagi hormati masyarakat Buddha di negara ini - PM Anwar | PM Anwar seru majoriti yang cintakan Malaysia tidak biarkan negara ditawan naratif kebencian | PM Anwar mahu agensi berkaitan turun padang bantu PKS, perjelas pembiayaan disediakan kerajaan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. 

Pada 9.24 pagi ini, kontrak Jun 2025 susut 10.5 mata kepada 1,507.5, Julai 2025 turun 10.0 mata kepada 1,506.5, September 2025 merosot sembilan mata kepada 1,489.0 manakala Disember 2025 berkurangan 12.0 mata kepada 1,490.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,625 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 36,908 kontrak.

FBM KLCI turun 10.68 mata kepada 1,515.94 selepas 43 minit dagangan dijalankan berbanding penutupan Khamis pada paras 1,526.62.

-- BERNAMA