Kadar Jangka Pendek Ditutup Kukuh Susulan Operasi BNM
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM26.89 bilion daripada RM23.85 bilion pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam jatuh kepada RM18.50 bilion berbanding RM20.08 bilion sebelum ini.
Awalnya, bank pusat itu menjalankan tender repo berbalik.
Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik serta kemudahan komoditi Murabahah bercagar dengan tenor satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM26.9 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM18.5 bilion, kedua-duanya untuk kematangan satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 3.00 peratus setakat 13 Jun 2025.
-- BERNAMA