BERITA TERKINI   Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur duduki ranking teratas hab penerbangan Asia, di tempat keempat di peringkat dunia - Megahubs 2025 | Kuala Lumpur mendahului sebagai lapangan terbang yang paling banyak rangkaian penerbangan di Asia Pasifik - Megahubs 2025 | JepunĀ kekal sebagai rakan dagangan keempat terbesar ASEAN sejak lima tahun lepas, dan juga merupakan sumber FDI kelima terbesar dalam kalangan rakan dialog ASEAN -- Tengku Zafrul | Jumlah perdagangan dua hala antara ASEAN dan Jepun mencecah US$236.4 bilion pada 2024, manakala FDI Jepun keĀ ASEAN berjumlah hampir US$18 bilion -- Tengku Zafrul | Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Jamieson Greer puji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah berikutan langkah pengambilan untung yang berterusan, manakala risiko geopolitik mempengaruhi permintaan terhadap aset selamat itu.

Kontrak semerta bulan Jun 2025 menyusut kepada US$3,385.60 setiap auns troy daripada US$3,425.20 pada Isnin, manakala Julai 2025 merosot kepada US$3,394.10 daripada US$3,433.70 sebelumnya.

Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 turun kepada US$3,413.90 setiap auns troy daripada US$3,453.20 pada Isnin.

Jumlah dagangan melonjak kepada 96 lot daripada 25 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 131 kontrak daripada 61 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 16 Jun, harga emas fizikal berada pada US$3,397.6 setiap auns troy.

-- BERNAMA